Monday, November 18, 2013

HARI PERTAMA JIJ

16 .11.2013 - Hari pertama JIJ 2013, kami menunggu ahli-ahli pengakap daripada Daerah Pontian khususnya dari SMK Dato' Penggawa Barat untuk mendaftar masuk di sub kem Dareah Pontian. Pendaftaran peserta Daerah Pontian telah pun dilakukan lebih awal bagi memudahkan segala urusan. Semua ahli pengakap Pontian memulakan tugas memasang khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.










Pada sebelah malamnya diadakan aktiviti Indaba bagi pemimpin. Dalam majlis ini Pontian menghantar 2 orang wakil iaitu Tuan Pesuruhjaya Pontian, Zaki bin Azman dan Cikgu Anuar Salleh, Majlis turut dihadiri Datuk Haji Abdul Shukor Mohsin, Pesuruhjaya Latihan Negara.