Monday, November 18, 2013

SEHARI SEBELUM JIJ 2013

15.11.13 - Seramai 24 orang ahli pengakap dan 8 orang  guru telah tiba awal di tapak perkhemahan  kontinjen Pontian sempena JIJ 2013. Pasukan kami yang terdiri daripada 5 orang pelajar iaitu Luqman Hakim, Muhammad Asrul Haziq,  Muhammad Nur Fadhliudin, Muhammad Afiq Rahiman dan Muhammad Nabil telah tiba pada pukul 10.00 pagi. Cikgu Anuar  telah membawa kami untuk membuat persediaan awal sebelum rakan-rakan pengakap Daerah Pontian mendaftar masuk. Sebaik tiba kami telah menjalankan kerja pembersihan tapak. walaupun keletihan tetapi mendapat pengalaman baharu sebagai ahli pengakap.