IKATAN

Rujukan blog : http://aguri-channel.blogspot.com/2008_02_01_archive.html

Ikatan Buku Sila...
Selalunya digunakan untuk mematikan ikatan seperti menyambung tali yang sama saiz, kain pembalut luka dan mengikat barang. Ianya juga senang dibuka semula.

Ikatan Bunga Keti...
Digunakan untuk menyambung tali yang tidak sama besar atau saiz untuk menarik beban berat seperti perahu mahupun menarik sang kerbau.


Simpul Manuk...
Digunakan sebagai pemula ikatan pada tiang atau mengikat kayu.

Simpul Belit...
Cara ikatan ini amat sesuai digunakan untuk mengikat tali sampan (kerbau pun boleh) ke tiang atau pokok. Ianya tidak mudah tanggal atau terlucut... malah mudah dibuka semula ikatannya.

Simpul Pulih...
Simpulan ini digunakan untuk memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.


Simpul Tindih Kasih...
Simpulan ini amat sesuai untuk kerja2 menyelamat atau alat sokongan untuk memanjat dan juga amat sesuai untuk mengikat leher sang kambing dan sang harimau... eh.


Ikatan Seraya...
Biasanya digunakan untuk mengikat kayu berpalang misalnya membuat tangga, tiang khemah dan yang seangkatan dengannya. Mulakan dengan ikatan simpul manukterlebih dahulu. Ikatan ini lebih kukuh dan tidak mudah terluncut atau tercabut. Tak percaya... korang cuba ikat... lepas tu tarik batang kayu yang korang dah ikat. Perghhh~ marvelous!


Ikatan Silang...
Digunakan untuk mengikat 2 batang kayu secara bersilang. Selalunya dipasang atau digunakan sekali pada kaki meja, kerusi, tiang khemah dan apa-apa aje la yang sesuai mengikut keperluan korang supaya lebih teguh dan perkasa gitu!


Ikatan Silang Tungku...
Perlukah aku terangkan lagi yg ni? Tak payah la ye... (^_^ ")