Monday, November 18, 2013

HARI KEDUA JIJ

17/11/2013 - Pada hari ini kami memulakan aktiviti pertama iaitu Freindship.  Kami perlu mencari 10 rakan pengakap dari negara, negeri dan daerah yang berlainan. Alhamdulillah tugasan ini dapat kami selesaikan. seterusnya pada waktu petang diadakan acara perasmian. Perasmi majlis ialah Datuk Zulkarnain Kamisan iaiti Exco Belia , Sukan, Warisan dan kebudayaan.


Apa yang menariknya kami juga turut berpeluang menyaksikan penyerahan bendera Malaysia oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negara Dato' Haji Abdul Kader bin Mohd Nor kepada Pesuruhjaya Negeri Sembilan yang akan mengetuai kontinjen Malaysia ke  Jambori Thailand dan kepada Pesuruhjaya Melaka yang akan mengetuai kontinjen Malaysia ke Brunei. Kami rasa amat berbesar hati kerana kami turut bergambar dengan sebilangan besar pesuruhjaya pengakap negeri-negeri di Malaysia.



Pada waktu malamnya kami berada di pentas utama untuk menyaksikan persembahan dari setiap Daerah di negeri Johor. Kumpulan dari Pontian mempersembahkan tarian dabus. Tahniah dan syabas.