Wednesday, November 20, 2013

HARI KETIGA JIJ 2013

18/11/2013 - Hari ini kami meneruskan aktiviti dengan pertandingan pengucapan awam, forum dan aktiviti-aktiviti lain. Seterusnya kami melakukan aktiviti-aktiviti yang melayakkan kami mendapat lencana aktiviti JIJ 2013. Peserta yang mendapat 1000 markah ke atas akan mendapat sijil kategori emas dan lencana aktiviti kategori emas. Pelbagai aktiviti kami lakukan termasuklah mengunjungi pameran, permainan kayak, berakit dan sebagainya. Pada sebelah malam kami tinggal di sub kem Pontian untuk mempelajari lagu dan tepukan. Terima kasih kepada abang-abang Kelana yang membantu.