Wednesday, November 20, 2013

HARI KEEMPAT JIJ 2013

19/11/2013 – Pada hari ini bergerak dalam kumpulan untuk melakukan pelbagai aktiviti. Kami perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 310 mata untuk melayakkan kami mendapat lencana kategori gangsa. Walaupun penat namun kami amat gembira.










Di sini juga kami belajar cara mengibarkan bendera dan menurunkan bendera. Pengalaman ini amat berharga kerana ada antara kami yang belum pernah menyaksikan adat ini.


Kami juga dikunjungi wakil rasmi Tuan Pengetua SMKDPB iaitu Pn Johanah binti Mohamad ( Ketua Bidang Sains dan Matematik). Kedatangan  Pn Johanah juga memberi suntikan semangat kepada ahli-ahli  pengakap SMKDPB.Terima kasih kerana memberi sokongan kepada Pasukan Pengakap Kumpulan 14.

Pada hari ini juga Sub Kem Pontian mengadakan rumah terbuka secara kecil-kecilan. Kami menjemput beberapa buah sub kem yang berkhemah berdekatan untuk mengunjungi rumah terbuka kami. Terima kasih kepada yang sudi datang.