Sunday, January 5, 2014

MAJLIS APRESIASI PESERTA PENGAKAP JIJ 2013

5 JANUARI 2014:

Anugerah diberikan kepada ahli-ahli pengakap yang menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Johor Kali Ke-25. Dalam aktiviti yang dijalankan pasukan futsal SMKDPB yang mewakili daerah Pontian mendapat tempat kedua. Laluan penuh dramatik apabila pasukan futsal SMKDPB mengalahkan pasukan  kelana UniKL, mengalahkan pasukan negeri Selangor, mengalahkan pasukan negeri Kelantan, mengalahkan pasukan SM Sains Muar (SAMURA)  sebelum tewas kepada pasukan negeri Kedah. Tahniah dan syabas kepada Luqman Hakim bin Menhat, Muhammad Nur Fadhliuddin, Afiq Rahiman dan Izzul Zulfayri.
           Anugerah terakhir diberikan kepada ahli-ahli pengakap yang menyertai menyertai Jambori Pengakap Antarabangsa Johor Kali Ke-25. Dalam aktiviti Scout Race, ahli-ahli pengakap iaitu Muhammad Adhwa’Aiman, Muhammad Hilman dan Amirul Safwan telah berjaya mendapat tempat ketiga. Mereka yang mewakili daerah Pontian telah bersaing dengan pasukan-pasukan dari negeri –negeri di Malaysia. Ahli-ahli pasukan pengakap ini dibimbing oleh para pemimpin yang terdiri daripada En Anuar Salleh, Tn Hj Abd Shukor dan Pn Siti Salwani.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam mengharumkan nama sekolah. SDPB Menjuarai…