Thursday, November 21, 2013

UNGGUN API


Malam Unggun Api (  Camp Fire ) telah diadakan pada malam ini sejurus selepas Majlis Penutupan Rasmi JIJ 2013.  Majlis ini diadakan sebagai penutupan jambori di sub kem Pontian. Selain itu, majlis ini juga meraikan kontinjen Pontian yang meraih gelaran KONTINJEN TERBAIK JIJ 2013 bagi daerah-daerah di Johor.Bagi peserta yang baru pertama kali menyertai iambori ini begitu teruja dengan tatacara malam unggun api. Peserta juga dapat melepaskan tekanan memandangkan malam ini merupakan malam terakhir peserta tinggal di Kem Hutan Bandar Kulaijaya.

Pada majlis ini juga penyerahan sijil dan lencana aktiviti JIJ telah disempurkan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian, En Mohd Zaki bin Azman. Peserta lelaki terbaik dianugerahkan kepada Putra Nazaratunnaim bin Zaidi  (SMK Sri Kukup ) dan Peserta perempuan terbaik dianugerahkan kepada Nur Zakiyah binti Mohd Idrus (SMKDPB). Tahniah dan syabas